
Penyelaras Christine Lee menggesa kerajaan supaya prihatin dengan kemampuan dan keperluan golongan miskin dan yang terpinggir, yang bergantung kepada kadar tambang murah dan kemudahan yang disediakan bas pengantara.
Beliau berkata harga tambang bas pengantara cuma RM1 bagi setiap perjalanan, dengan diskaun untuk warga emas, pelajar dan OKU.
“Tarif tambang Grab dan teksi antara 6 hingga 10 kali ganda atau mungkin lebih tinggi pada waktu kemuncak,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata orang kurang upaya memerlukan kemudahan yang disediakan bas pengantara, seperti tanjakan, ruang khas dan butang amaran, yang tidak disediakan oleh teksi dan kenderaan persendirian Grab.
“Bagi kami yang terlibat dalam usaha melobi kemudahan kemudahan untuk OKU, berita menggantikan bas pengantara dengan Grab itu menawarkan hati dan menyedihkan,” katanya.
BEAT berkata Grab dan teksi sepatutnya melengkapkan perkhidmatan bas pengantara untuk pengguna yang berkemampuan dan mahu perkhidmatan pintu ke pintu.
Tetapi kerajaan nampaknya tidak mengalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam seperti di negara maju lain, kata Christine.
“Mungkin kerajaan perlu meneroka cara lain untuk menjimatkan kos tanpa menyusahkan atau menyulitkan golongan miskin dan yang terpinggir,” katanya.
Setiausha politik kepada menteri kewangan Tony Pua minggu lalu dilapor berkata Putrajaya sedang mempertimbangkan kerjasama dengan swasta dalam projek-projek kerajaan, terutama yang melibatkan perbelanjaan prasarana dan pengangkutan awam, bagi menguruskan defisit fiskal dan hutang yang besar.
Tony dilaporkan berkata kerjasama dengan Grab lebih murah berbanding menyediakan bas pengantara.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun mempersoalkan kewajaran rancangan itu.
“Jika hanya kerajaan mengambil pendekatan berjimat, di manakah peluang rakyat pula untuk berbuat demikian juga,” katanya.