
Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik berkata, 2 gelaran itu ialah Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang dikurniakan kepada Najib pada 2005 serta Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) yang diberikan kepada Rosmah pada 2006.
Beliau yang juga setiausaha kerajaan Negeri Sembilan berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, hari ini.
“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anugerah SPNS membawa gelaran “Datuk Seri Utama” dan SPTJ pula membawa gelaran Datuk Seri.