
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkairi Mukhtar berkata, mereka yang berumur 13 hingga 21 tahun itu ditahan kira-kira 8 malam.
Beliau berkata, penahanan mereka dilakukan susulan laporan orang awam yang melihat kehadiran sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di kawasan itu.
“Bertindak atas maklumat, polis segera ke lokasi dan menahan semua suspek warga tempatan bersama 4 bilah parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati motif kejadian untuk membalas dendam susulan pergaduhan sebelum itu di Taman Ungku Tun Aminah, di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan menggunakan senjata dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menganggotai pertubuhan tidak sah.