
Dalam satu laporan awal minggu ini, akhbar itu berkata pentadbiran Perdana Menteri Timothy Harris membuat keputusan itu pada Jun tahun ini selepas Putrajaya mengumumkan Malaysia sedang berusaha menangkap Low.
“Low seorang warganegara ekonomi Saint Kitts dan Nevis bawah pentadbiran Denzil Douglas pada 2011 tetapi tidak pernah memasuki negara ini,” kata akhbar itu.
Low baru-baru ini didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kerana komplot untuk mengubah wang berbilion dolar untuk membayar sogokan.
Minggu ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Jun mengumumkan Malaysia sedang berusaha menangkap Low yang dipercayai menetap di luar negara.
“Pentadbiran Timothy Harris membuat keputusan itu, sebagai langkah waspada, untuk menyahaktifkan pasport Saint Kitts dan Nevis yang dipegang Low melalui Interpol pada Jun,” kata laporan yang disiarkan pada Selasa.
Pada 15 Jun, pasport Malaysia yang dipegang Low dibatalkan oleh imigresen atas permintaan Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan ke atas skandal 1MDB.
Imigresen percaya Low menggunakan nama yang sama dalam pasport Saint Kitts dan Nevis.