Nak turun saiz S tapi malas bersenam?

Nak turun saiz S tapi malas bersenam?

Walaupun sukan melengkapi gaya hidup sihat selain pengambilan makanan berkhasiat dan rehat yang mencukupi, malangnya ramai yang memberi pelbagai alasan untuk 'tidak' bersukan.

Bila kali terakhir anda bersukan atau melibatkan diri dalam aktiviti fizikal?

Ada yang beberapa hari, ada yang minggu dan bulan atau bertahun. Mungkin juga ada di antara anda yang tidak pernah bersukan, zaman sekolah adalah kali terakhir. Selepas itu, panjat tangga pun tidak.

Pernahkah anda terfikir sebab-sebab di sebalik kemalasan bersenam?

Walaupun sukan melengkapi gaya hidup sihat selain pengambilan makanan berkhasiat dan rehat yang mencukupi, malangnya ramai yang memberi pelbagai alasan untuk ‘tidak’ bersukan.

Seorang pembantu profesor pemulihan dari Jabatan Perubatan Fizikal, Sekolah Perubatan Harvard, Beth Frates akui tidak terlambat untuk memulakan latihan senaman atau aktiviti fizikal.

Bagi mereka yang berasa malas untuk memulakan aktiviti sukan bolehlah ikut tip dikongsi di bawah untuk kembali bersemangat.

1. Pilih aktiviti sukan yang menyeronokkan

Pilih aktiviti sukan yang membuatkan anda rasa seronok untuk dilakukan bukan tertekan. Anda pasti ada sejenis senaman atau sukan mahupun gerakan yang disukai, seperti berlari, menari, seni pertahankan diri dan sebagainya. Frates berkata, beliau mempunyai pelanggan berusia 74 tahun yang memutuskan untuk menyertai kelas hula hoop.

2. Lokasi, lokasi, lokasi!

Kadang kala, kita belum bersedia untuk ‘menunjukkan’ diri kita terlibat dalam sebarang aktiviti. Ia mungkin berpunca daripada rasa rendah diri atau malu. Tak mengapa, sementara membina keyakinan, pilih lokasi yang tertutup atau kurang pendedahan. Lama-lama mesti anda tak sabar kongsi gambar dalam Instagram.

3. Sabar

Apabila sudah lama tidak terlibat dalam aktiviti fizikal, tubuh akan mudah letih selepas bersenam. Jangan risau. Jika anda mempunyai jurulatih, beliau akan membimbing anda, jika tidak, motivasi diri anda dengan bahan bacaan atau rakan yang pernah mengalami situasi sama dan berjaya. “Sekiranya anda berputus asa, anda tidak akan dapat melakukannya walaupun untuk 10 minit. Tetapi jika anda terus bersenam sekurang-kurangnya 3 hari selama satu setengah jam, ia akan menjadi lebih mudah,” kata Frates.

4. Menggabungkan sukan dengan rutin harian

Cara mudah melibatkan diri dengan aktiviti fizikal ialah dengan menjadikannya sebagai rutin. Misalnya berjalan, menaiki tangga, bersenam dan sebagainya. Bawa anjing atau haiwan peliharaan dan berjalan setengah jam setiap pagi. Kayuh basikal ke pasar setiap 3 kali seminggu atau berenang dalam kolam renang pada waktu petang.

5. Gunakan aplikasi untuk mencatat

Alang-alang anda dan telefon pintar tak dapat dipisahkan, apa kata gunakan aplikasi senaman sihat untuk menyelaras latihan anda. Menurut Frates, penyelidikan menunjukkan apabila sesuatu amalan direkod, ia akan dipatuhi.

Jadi, gunakan aplikasi rakaman aktiviti fizikal atau sistem mudah untuk menandakan hari aktif anda.

6. Tetapkan matlamat

Tentu sekali setiap tubuh badan dan sistem dalaman mereka berbeza. Jika seseorang itu berjaya menurunkan berat badan dalam masa sebulan tidak semestinya sama bagi orang lain. Namun, belajar menetapkan matlamat, jangka pendek dan jangka panjang. Misalnya turun 10kg untuk masa 3 bulan dan turun dari saiz L ke S dalam masa 6 bulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.