Masuk IJN: Isteri sahkan Isa Samad jalani pemeriksaan rutin

Masuk IJN: Isteri sahkan Isa Samad jalani pemeriksaan rutin

Isteri bekas pengerusi Felda itu menjalani pemeriksaan rutin setiap 5 tahun dan berada dalam keadaan baik.

Isteri Isa Samad mengesahkan gambar yang tular di media sosial adalah gambar lama.
SEREMBAN:
Bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara kelmarin kerana menjalani pemeriksaan rutin setiap 5 tahun.

Isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang mengesahkan perkara itu, berkata Isa, 69, masih berada di IJN dan keadaannya baik.

Pada masa sama, Bibi Sharliza menjelaskan gambar menampilkan suaminya sedang dirawat di IJN yang ditularkan adalah gambar lama.

“Itu gambar lama… saya pun tidak tahu macam mana boleh tular pula gambar itu. Suami saya hanya jalani pemeriksaan rutin dan sama-samalah kita doakan kesihatannya,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak terbabit yang menularkan gambar tersebut.

Isa yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan sebelum ini dilaporkan sebuah portal berita bakal dihadapkan ke mahkamah berhubung kes pembelian sebuah hotel oleh Felda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.