
NEW DELHI: Seorang hakim ditahan semalam atas dakwaan rasuah di negeri Telangana yang terletak di selatan India, lapor agensi berita China Xinhua.
Beliau didapati memiliki aset tidak seimbang dengan sumber pendapatannya yang diketahui umum, lapor media tempatan.
Dikenal pasti sebagai V Vara Prasad, hakim itu dihadapkan ke mahkamah sama beliau bertugas sebagai “majistret tambahan” di daerah Ranga Reddy.
Beliau kemudian ditahan selama 14 hari.
Satu siri serbuan dilakukan Biro Pencegahan Rasuah negeri di kediamannya serta beberapa lokasi lain, lapor media memetik kenyataan pegawai.
Menurut laporan itu, Prasad merupakan hakim ke-5 yang akan ditahan berhubung dakwaan rasuah di Telangana tahun ini.