
Katanya, akta itu adalah Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang akan dilaksanakan menerusi caruman majikan kepada Perkeso.
Beliau berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan dan jika dilaksanakan, ia perlu mendapat kelulusan Parlimen.
“Kelulusan Parlimen perlu kerana Perkeso tidak mempunyai kuasa untuk menahan gaji individu. Jika ada akta, baru boleh kita laksanakan. Selain itu, perlu berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama daripada negara yang membekalkan tenaga buruh berkenaan.”
Semalam, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dilaporkan berkata, sebuah jawatankuasa teknikal akan meneliti secara holistik cadangan pemotongan 20% gaji pokok pekerja asing kepada Perkeso yang boleh dituntut bermula 1 Januari ini.
“Akan ada satu jawatankuasa teknikal (saya juga terlibat) bagi membincangkan perkara ini yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat,” kata Azlaily selepas pelancaran program televisyen bertajuk Bangkit#PERKESO Prihatin di Pusat Pelancongan Malaysia hari ini.