
Setahun kemudian, dia cuba mencari kehidupan yang lebih baik yang kemudiannya menjadi episod paling malang dalam hidupnya.
Dia didera dan diserang pasangan suami isteri yang mengupahnya sebagai pekerja domestik.
Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene Das mengenang kembali pengalaman pahit Laila, kerana beliau sendiri merawat gadis itu.
“Apabila saya pergi menemuinya, dia sedang koma. Saya fikir dia akan mati,” katanya kepada FMT ketika ditemui semasa majlis makan malam sebagai penghormatan kepada peguam yang membantu kumpulan hak asasi pendatang asing sejak 2 dekad lalu.
Bil perubatan Laila berjumlah sehingga RM200,000, dibayar melalui dana yang dikumpul oleh Tenaganita, sebahagian besarnya disumbangkan oleh kerajaan Switzerland.
Selepas pembedahannya, Laila tidak mampu bergerak sendiri dan terpaksa membawa beg bersamanya.
“Saya tinggal bersamanya sepanjang malam. Saya sangat takut, tertanya-tanya jika dia boleh bergerak.
“(Tetapi) dia berlari ke saya dan berkata, ‘Mama, saya boleh gerak’,” Glorene mengenang kembali.
Kes Laila adalah salah satu daripada banyak kes yang dikendali oleh Tenaganita, sebuah kumpulan yang memperjuangkan nasib pekerja asing lebih 2 dekad lalu.
Glorene berkata ramai mangsa dera datang ke Tenaganita dan hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan mereka.
Beliau berkata kebanyakan mereka seperti “mayat hidup”.
“Kebanyakan mereka, apabila anda melihat ke mata mereka, mereka hidup tetapi mereka mati.
“Dan apabila kita memberi mereka semangat, kamu melihat mata mereka bersinar. Ini apabila anda menyedari bahawa anda memberi mereka kehidupan,” kata Glorene.
“Apabila kamu memberi mereka harapan, kamu memberi mereka kehidupan. Ia bukan soal wang. Ia perkara yang menjadikan usaha kita begitu bermakna,” tambahnya.
Ia juga menjadi sebab mengapa Glorene melihat liku hidup Laila untuk pulih sebagai salah saat yang membanggakan.
Laila tinggal bersama Tenaganita selama hampir 3 tahun, dari Jun 2013 hingga 2016.
Sekarang, Laila, 23, telah kembali ke Bangladesh untuk tinggal bersama keluarganya.
Tetapi dia belum pulih sepenuhnya walaupun menjalani pembedahan.
“Dia hidup sukar dengan keluarganya, kerana dia tidak boleh bekerja tetap akibat pembedahan dan mengalami trauma,” kata Glorene.
Glorene berharap Laila akan bangkit semula.
“Dia seorang gadis yang sangat pintar. Dia seorang pejuang. Orang seperti dia sepatutnya menjadi pemimpin satu hari nanti,” katanya.
Glorene berkata mereka kini berusaha mendapatkan dana untuk Laila, untuk kembali ke Malaysia dan belajar dalam bidang kejururawatan.
Beliau telah mengenal pasti pihak yang menyatakan minat mereka untuk membiayai Laila.