
Konfrontasi antara kumpulan bersenjata itu tercetus pada Rabu di selatan Tripoli, ketika perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) – dibubarkan berkuat kuasa 4 bulan lalu.
Kementerian itu berkata, mangsa cedera termasuk wanita dan kanak-kanak yang dihantar ke beberapa hospital.
Pada 4 September tahun lalu, Misi PBB di Libya mengumumkan gencatan senjata dicapai selepas insiden berdarah di ibu negara yang menyaksikan puluhan penduduk terbunuh.
Libya terus dicengkam keganasan sejak 2011, apabila pemberontakan yang disokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) membawa kepada kekacauan dan kematian Presiden, Muammar Gaddafi selepas lebih 4 dekad berkuasa.
Sejak itu, perpecahan politik Libya mewujudkan 2 pemerintah – satu berkuasa di Tobruk dan satu lagi di Tripoli – selain kemunculan banyak kumpulan militia.