
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairani Mohamad berkata malah kes kecurian itu berlaku semasa MRT dalam tempoh pembinaan lagi.
Sehubungan itu, pihaknya akan meningkatkan kawalan tahap keselamatan di sepanjang 51 km jajaran laluan Sungai Buloh-Kajang bagi mencegah gejala tersebut.
Beliau berkata pihaknya antara lain akan memasang pagar penghadang dan penutup kabel pada tiang jejambat bagi mengelakkan kecurian kabel.
“Tahun lepas sahaja terdapat 8 kes dilaporkan berhubung kes kecurian kabel MRT,” katanya dalam sidang media di depot MRT Sungai Buloh, hari ini.
Khairani juga memaklumkan, rakan cop MRT akan ditubuhkan bagi membolehkan masyarakat turut membantu dalam hal tersebut.
Semalam, seorang lelaki ditahan kerana disyaki cuba mencuri kabel di 1 lokasi antara stesen Pusat Bandar Damansara serta Phileo Damansara dan perbuatan itu mengakibatkan perkhidmatan MRT terhenti buat seketika.