
Setiausaha Kerajaan Kelantan, Nazran Muhammad berkata, ahli Dewan Negara Perak itu sudah dimaklumkan perkara itu melalui surat yang disampaikan pada hari sama.
“Adapun penarikan balik ini adalah hak Sultan Muhammad V yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda jua.
“Adalah juga dimaklumkan kerajaan Kelantan telah mewartakan Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Daripada Salah Guna)(Pindaan) 2015 pada 27 Ogos 2015 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 atau dipenjara tidak kurang 3 tahun bagi orang yang menggunakan apa-apa darjah, tanda kebesaran, pingat, lambang dan bintang kebesaran yang dibatalkan atau ditarik balik baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nazran berkata, enakmen itu juga memberi kuasa kepada polis membuat siasatan di bawah enakmen berkenaan, termasuk kuasa memasuki premis, menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait kesalahan di bawah enakmen itu.