Bersatu pusat akan putus nama timbalan speaker Kelantan baharu

Bersatu pusat akan putus nama timbalan speaker Kelantan baharu

Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor berkata pihaknya akan cadang nama pengganti Farid Zawawi.

Kedudukan Adun Kok Lanas Farid Zawawi sebagai timbalan speaker Kelantan menjadi persoalan selepas dipecat Bersatu, semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bersatu Kelantan akan mencadangkan nama baharu bagi mengisi jawatan timbalan speaker DUN susulan pemecatan Adun Kok Lanas Farid Zawawi, semalam.

Bercakap kepada FMT, Ketuanya Kamarudin Md Nor berkata keputusan akhir akan diputuskan oleh Bersatu pusat.

“Kita hanya akan cadangkan calon pengganti kepada pucuk pimpinan Bersatu pusat dan keputusan akhir mereka akan tentukan siapa timbalan speaker DUN.

“Ini memandangkan kuota itu sebelum ini diisi wakil Bersatu,” katanya yang juga Adun Ayer Lanas kepada FMT.

Selain memecat Farid, Lembaga Disiplin Bersatu turut menggantung keahlian Adun Bukit Bunga Mohd Almidi Jaafar.

Dua lagi Adun Bersatu adalah Bahari Mohamad Nor (Gual Ipoh) dan Shaari Mat Hussain (Paloh).

Selain Farid, wakil rakyat Bersatu Kelantan lain yang turut dipecat ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Ketereh Khlir Nor pula digantung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.