
Katanya, Umno tidak ada masalah untuk menyokong perkara yang membawa manfaat kepada negara.
“Saya tak boleh cakap sangat tapi ia bergantung kepada situasi, kalau diperlukan demi untuk kebaikan kenapa tidak?” katanya kepada pemberita.
“Sebab itu kaukus pembangkang tidak bermakna kita akan membangkang sahaja sebaliknya kita akan sokong apa sahaja polisi awam atau dasar yang hendak diluluskan untuk kebaikan masyarakat dan tanah air.”
Mohamad ditanya sama ada Umno akan sokong perdana menteri seperti PAS jika berlaku undi tak percaya dalam blok pemerintah.
Mengenai pilihan raya kecil (PRK) Rantau, Mohamad mengakui PKR bukan lawan yang mudah walaupun sudah menyandang kerusi tersebut sejak 2004.
Katanya, PKR mempunyai kelebihan sendiri untuk memenangi PRK Rantau.
“Mereka mungkin tidak mempunyai sokongan kuat, tetapi ada sebab mereka menjadi pihak lawan BN dalam setiap pilihan raya.
“Kita tak boleh pandang ringan walaupun mereka tak sehebat dijangkakan tapi saya tetap perlu berhati-hati dan bekerja kuat untuk pastikan kerusi Rantau kekal milik BN,” katanya.
Mohamad bagaimanapun tetap yakin dapat mempertahankan kerusinya nanti.
“Saya tetap akan mempertahankan kerusi tersebut dan perlu bekerja lebih kuat.
“Rantau adalah kampung saya, tempat saya membesar, sekolah dan lahir di situ. Saya tak akan lari,” katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa 2 parti komponen PH mungkin merancang menyingkirkan Mahathir melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Takiyuddin berkata, PAS berikrar menyokong Mahathir dalam pertemuan di Yayasan Al-Bukhary, bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana parti itu mendapati ada yang tidak kena dengan cara dia bercakap mengenai sekutunya.