Tiada makna bercakap di Parlimen jika ‘bisu’ semasa kempen, kata calon bebas

Calon PRK Rantau Malar Rajaram tidak kisah jika bantahannya tidak dihargai orang ramai kerana beliau hanya mahu mengemukakan pandangannya.

RANTAU: Calon bebas Malar Rajaram, yang membuat bantahan dengan menyepit mulut pada 2 hari pertama kempen pilihan raya kecil DUN Rantau, akan meneruskan bantahan terhadap larangan bercakap yang dikenakan parti politik ke atas calon pilihan raya, mengatakan kini mereka boleh berdebat di Parlimen.

Malar, yang mengadakan tunjuk perasaan sejak 2 hari berkempen bermula Sabtu, mendakwa Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) “tidak membenarkan” calon mereka pada PRK Semenyih dan Cameron Highlands bercakap semasa berkempen. Sebaliknya, katanya, ini dilakukan oleh ahli parti.

“Sebagai contoh, Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) adalah ahli Parlimen dan berbahas dan bercakap di Parlimen.

“Kenapa dia tidak melakukannya semasa berkempen? Itu tidak boleh dikira, ia sudah terlambat. Saya mahu dengar apa yang ditawarkannya ketika dia bertanding,” katanya kepada FMT ketika ‘walkabout’ pertamanya di pasar malam di Pekan Rantau.

Malar Rajaram mengedarkan kad namanya semasa ‘walkabout’ pertamanya di pasar malam di Pekan Rantau.

Beliau juga mengkritik calon PH Semenyih yang gagal muncul dalam perdebatan melalui televisyen yang dianjurkan Sinar Harian dan Astro. Perdebatan itu diadakan selepas calon PH dan BN menolak dialog awal oleh Bersih 2.0.

Acara debat Bersih di Cameron Highlands juga ditolak Ramli walaupun calon PH M Manogaran membuat penampilan.

“Kami mahu mereka yang bertanding sebagai wakil rakyat berdebat antara satu sama lain dan bercakap dengan media,” kata Malar.

“Orang ramai tidak tahu apa yang ingin anda bawa ke Parlimen. Dan saya tidak mahu menteri kanan mengatakannya untuk anda. Mereka boleh memberi penerangan kepada kami jika mereka mahu, tetapi calon harus bercakap.”

Bagi “pra-diluluskan” atau jawapan skrip, Malar berkata: “Selagi mereka membuka mulut dan bercakap, mereka mesti bercakap. ”

Malar ialah bekas penyiar radio dari Port Dickson, akan menentang 3 lagi calon di Rantau: penyandangnya, Mohamad Hasan dari Umno, Dr Streram Sinnasamy (PKR) dan Mohd Nor Yassin (bebas).

Malar Rajaram menyepit mulutnya sebagai simbolik terhadap calon-calon pilihan raya dilarang ‘bercakap’ pada PRK sebelum ini.

Ditanya mengenai rancangannya untuk Rantau dan apa isu yang ingin ditangani jika beliau menang, Malar berkata ia akan didedahkan dalam manifestonya yang akan diumumkan esok.

Beliau menambah beliau tidak kisah jika tidak semua orang mengalu-alukan atau menghargai bantahannya.

“Saya tidak mahu hanya menjadi calon biasa,” katanya.

“Saya perlu menonjol. Saya mempunyai cara saya sendiri untuk melakukan sesuatu dan saya tidak mahu meniru sesiapa. Saya hanya mahu mewujudkan kesedaran.”

Beliau juga tidak pasti sama ada tindakannya akan diterjemahkan melalui undi.

“Terserah kepada pengundi,” katanya.

“Saya sudah memulakan tanggungjawab dan membayar yuran penamaan saya. Saya bersedia untuk berkempen, jadi saya akan memberikan yang terbaik.”

PRK Rantau adalah kali ke-7 diadakan sejak pilihan raya 9 Mei tahun lepas. PRK turut diadakan di DUN Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, dan Semenyih di Selangor, serta kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Port Dickson di Pahang dan Negeri Sembilan.