Pembangkang Sabah ada perjanjian dengan Dr M, soal Henrynus

Henrynus Amin. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin parti pembangkang mempersoalkan kehadiran para pemimpin pembangkang yang ramai di pelancaran PPBM Sabah pada Sabtu.

Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri, Henrynus Amin bingung pemimpin-pemimpin tinggi pembangkang menghadiri pelancaran itu, yang dirasmikan oleh Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad, ketika orang ramai tidak berpuas hati dengan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tak boleh elak daripada menyimpulkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang datang menyambut perdana menteri akan memeterai suatu perjanjian sebagai balasan kepada sokongan terbuka kepada kemasukan PPBM ke Sabah,” katanya hari ini.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir adalah Ketua Pembangkang Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Liberal Demokratik, Chin Su Phin; dan Adun PBS, Joniston Bangkuai dan Jahid Jahim.

Turut hadir Ahli Parlimen Kimanis, Anifah Aman; Presiden PBRS, Joseph Kurup dan Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Kurup; serta bekas ketua menteri Harris Salleh dan Chong Kah Kiat.

Henrynus berkata ucapan tidak ada banyak yang bermakna dalam ucapan Mahathir mengenai hak-hak negeri kecuali membayangkan satu hari nanti perdana menteri datang dari Sabah atau Sarawak.

“Ini janji-janji yang samar-samar dan tidak realistik yang tidak menarik bagi orang Sabah kebanyakan.”

Presiden Parti Cina Sabah, Wilfred Bumburing, yang juga menghadiri pelancaran itu, kecewa Mahathir tidak merebut peluang itu untuk bercakap mengenai hak Sabah.

“Mahathir patut ambil peluang menjelaskan tentang pindaan Perlembagaan kerana Pakatan Harapan berjanji akan meminda Perlembagaan dan menjadikan Sabah dan Sarawak rakan setaraf Tanah Melayu.

“Bagaimanapun, rang undang-undang itu tidak memberi kesan dalam mencapai matlamat itu, lalu menimbulkan persoalan adakah kepimpinan persekutuan serius mengenai isu itu,” katanya.