
“Saya bimbang bahawa laporan-laporan media yang dikawal kerajaan tentang kes saya sehingga ini tidak memberi gambaran sebenar kepada Rakyat.
“Rakyat ada hak untuk mengetahui kebenaran dan mendapat ketelusan.
“Saya sekali lagi menyeru kerajaan untuk membuat siaran langsung kes ini melalui FB live atau YouTube,” tulisnya di Facebook hari ini.
Bagimanapun, ahli Parlimen Pekan itu tidak menyatakan dengan khusus bahagian mana liputan media yang tidak adil.
Difahamkan, beliau merujuk laporan lebih RM200,000 digunakan untuk membina stor yang mempunyai almari pakaian dan dapur kering (pantri) di rumahnya seperti didedahkan pemilik sebuah syarikat pereka dalaman, Zulkarnain Mohamad, pada perbicaraan kesnya Khamis lalu.
Dalam satu lagi catatan Facebook, Najib berkongsi pautan satu petisyen meminta perbicaraan kesnya disiarkan secara langsung yang sehingga kini mendapat lebih 50,000 tandatangan.
Najib, 66, berdepan 3 pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan 3 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan kes yang bermula 3 April lalu akan bersambung Isnin depan.