
Menurut sumber, wanita berusia 49 tahun itu merupakan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pembekalan.
Dia ditahan kira-kira pukul 5.30 petang di ibu pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan.
Lelaki berusia 55 tahun yang merupakan penasihat syarikat itu pula ditahan pada kira-kira 11.30 pagi di kawasan Dutamas Raya, Kuala Lumpur, kata sumber.
Siasatan awal mendapati kedua-dua individu bersubahat membayar wang suapan kepada penguatkuasa sebuah kementerian sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap syarikat mereka yang menjalankan aktiviti mengutip deposit bagi pelaburan yang tidak sah sekitar Julai 2017, katanya.
Pengarah Siasatan SPRM, Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Putajaya pagi esok.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM.