NGO gesa pindah guru bahasa Inggeris ke sekolah memerlukan

NGO gesa pindah guru bahasa Inggeris ke sekolah memerlukan

Ia susulan anggaran Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bahawa negara ini kekurangan 2,000 guru bahasa Inggeris.

Ramai guru boleh mengajar subjek bahasa Inggeris, termasuk Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi dihantar ke sekolah yang tidak menyediakan pilihan mengajar dalam bahasa itu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan digesa memindahkan guru secara besar-besaran untuk menampung kekurangan guru bahasa Inggeris di beberapa negeri.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka, Mak Chee Kin berkata ramai guru boleh mengajar subjek bahasa Inggeris, malah Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi dihantar ke sekolah yang tidak menyediakan pilihan mengajar dalam bahasa Inggeris.

Beliau bersetuju dengan anggaran ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Noor Azimah Abdul Rahman bahawa negara ini kekurangan 2,000 guru bahasa Inggeris.

Mak berkata penempatan semula guru atas dasar keperluan akan menyelesaikan masalah sementara kekurangan guru.

“Penempatan semula bermaksud mengenal pasti semua guru yang tidak mengajar mengikut pilihan mereka atau mempunyai keupayaan untuk mengajar subjek kritikal. Kerajaan juga boleh mencari guru bersara dengan kemahiran bahasa Inggeris yang baik.

“Untuk semua ini berjaya tanpa campur tangan politik harus dibenarkan. Biarkan jabatan pendidikan negeri melakukannya secara profesional,” katanya.

Bagaimanapun, seorang pendidik, Freida Pilus yang memulakan kumpulan sekolah Cempaka 35 tahun lalu, memberi pandangan yang berbeza.

Beliau berkata jika guru diberi pilihan untuk mengajar Sains atau Matematik dalam 2 bahasa, mereka akan mengajarnya dalam bahasa Melayu.

“(Ini) kerana mereka dapati ia lebih mudah,” katanya.

“Pada pendapat saya, kita tidak sepatutnya memberi pilihan. Matematik dan Sains patut diajar hanya dalam Bahasa Inggeris. Dengan cara ini semua sekolah, sama ada mereka suka atau tidak, perlu menguasai bahasa Inggeris.”

Beliau berkata kerajaan boleh menyediakan elaun khas bagi usaha tambahan dan inisiatif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.