KPM guna IBS tambah kelas Tahun 1

KPM guna IBS tambah kelas Tahun 1

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata bilik darjah tambahan boleh siap dalam tempoh empat hingga lima bulan.

wong kah woh
Timbalan Menteri Wong Kah Woh, berkata kaedah IBS tambah bilik darjah terbukti berkesan dan cepat, berbanding pembinaan konvensional ambil masa hingga tiga tahun. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan tambahan bilik darjah menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) susulan pelaksanaan dasar kemasukan murid enam tahun ke Tahun 1, tahun depan.

Timbalan Menteri Wong Kah Woh, berkata proses mengenal pasti angka sebenar sekolah berdepan kekurangan bilik darjah sedang berjalan.

“KPM sedang mengenal pasti sekolah yang berdepan kekurangan bilik darjah, khususnya sekolah padat dan akan melaksanakan pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS.

“Melalui kaedah modular IBS, bilik darjah tambahan boleh disiapkan dalam tempoh empat hingga lima bulan, berbanding pembinaan konvensional yang mengambil masa dua hingga tiga tahun seperti yang dilakukan di Cyberjaya yang terbukti berkesan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Yuk Choy, di Ipoh.

Mengulas mengenai jumlah sekolah kekurangan bilik darjah, Wong berkata kementerian sudah mempunyai data sekolah padat.

“Namun, bagi sekolah yang sebelum ini tidak padat, penilaian semula perlu dibuat bagi memastikan kemudahan mencukupi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.