Tidak susah kumpul deposit beli rumah jika ikut cara betul

Tidak susah kumpul deposit beli rumah jika ikut cara betul

Banyak cabaran untuk memiliki rumah sendiri namun bak kata pepatah ‘usaha tangga kejayaan’.

Setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk memiliki kediaman sendiri yang merupakan keperluan asas bagi setiap manusia.

Namun, impian tanpa usaha hanyalah angan-angan kerana hari ini ramai tidak dapat merealisasikan impian untuk memiliki rumah sendiri.

Banyak cabaran jadi punca permasalahan ini antaranya harga rumah semakin meningkat, sukar dapatkan pembiayaan bank, tiada simpanan atau wang untuk deposit, gaji kecil serta kos sara hidup semakin menekan.

Tidak dinafikan ada benarnya cabaran-cabaran ini menyebabkan ramai khususnya anak muda gagal miliki rumah sendiri.

Tetapi untuk memberi 1,001 alasan adalah mudah yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Ini adalah 6 tips untuk kumpul deposit:

1. Teknik PaMa

Ini adalah antara teknik paling mudah dan terpantas untuk kumpul duit deposit dalam tempoh singkat.

Caranya adalah dengan meminjam daripada ibu dan bapa atau dikenali sebagai teknik PaMa (singkatan daripada perkataan papa dan mama).

Namun, ia bergantung kepada tahap kewangan ibu bapa.

2. Teknik Crowd Funding

Teknik ini berkonsepkan kumpul dana daripada sumbangan orang ramai.

Jangan bimbang, tidak perlu bawa tabung dari satu tempat ke satu tempat untuk minta sumbangan daripada orang ramai.

Dengan dunia teknologi kini, anda boleh gunakan platform atas talian seperti laman web GoFundMe.Com untuk membuat crowd funding.

3. Teknik KWSP

Syaratnya anda merupakan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ramai anggap duit simpanan KWSP hanya boleh dikeluarkan setelah bersara.

Hakikatnya banyak perkara boleh digunakan daripada simpanan KWSP untuk pelbagai tujuan antaranya pendaftaran haji.

Lebih utama ia boleh digunakan sebagai deposit rumah pertama dan kedua. Namun, jumlah dana yang boleh digunakan untuk kesemua tujuan tersebut bergantung pada jumlah dalam Akaun 2 KWSP.

4. Teknik Tin Milo

Andai gaji bersih RM2,500 sebulan, maka jumlah minimum perlu simpan setiap bulan adalah sebanyak RM500 iaitu 20 peratus daripada gaji.

Pun begitu, teknik ini tidak sesuai jika anda menetapkan tempoh masa yang singkat sekitar tiga tahun untuk mengumpul deposit sebanyak RM22,500.

Ini kerana selepas tempoh tiga tahun, anda hanya berjaya kumpul sekitar RM18,000. Justeru, ia perlukan tempoh lebih panjang.

5. Teknik ASB

Amanah Saham Bumiputera (ASB) antara teknik terbaik untuk bantu kumpul deposit rumah.

Bahkan ASB juga adalah platform pelaburan menjamin modal.

6. Teknik Turbo Deposit 2.0

Teknik ini menggabungkan kuasa “compounding” dan kuasa “leverage”.

“Leverage” atau lebih dikenali sebagai Other’s People Money (OPM) adalah dengan menggunakan kemudahan fasiliti kewangan seperti pembiayaan bank.

Contohnya, jika ingin beli rumah berharga RM150,000, adakah anda perlu ada tunai RM150,000?

Sudah tentu jawabnya tidak. Anda boleh beli rumah tersebut guna kuasa “leverage” iaitu dengan memohon pembiayaan daripada pihak bank.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.