Bekas sultan Pahang meninggal dunia di IJN

Sultan Ahmad Shah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Setakat ini pihak Istana belum mengeluarkan sebarang kenyataan lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan berita kematian tersebut.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan takziah kepada Agong, Sultan Abdullah, ahli keluarganya dan kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orangorang yang beriman,” katanya dalam kenyataan hari ini.