RM30,000 sehala: Orang Kelantan paling ramai sewa helikopter balik raya

RM30,000 sehala: Orang Kelantan paling ramai sewa helikopter balik raya

Penerbangan 6 penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk 1 jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mengambil masa 3 jam.

Kurang seminggu lagi sebelum seluruh umat Islam meraikan Aidilfitri, ramai yang sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung lebih awal bagi melakukan persiapan raya bersama keluarga tercinta.

Tak kurang juga ada yang mahu “lari” dari kesesakan di lebuh raya terutamanya yang menghala ke Pantai Timur.

Pengangkutan awam dengan harga yang berpatutan seperti bas dan keretapi menjadi pilihan warga kota untuk pulang ke kampung.

Jika ada duit lebih sikit, syarikat tambang murah seperti AirAsia jadi pilihan.

Namun bagi mereka yang berkemampuan boleh menempah helikopter jika mahu pulang ke kampung halaman!

Perkhidmatan yang dilakukan oleh syarikat Hazmi Dimasyq Group ini mendapat perhatian warga kota dan setakat ini terdapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Menurut pemilik syarikat, Hazmi Hanipa, mereka menyediakan lebih 20 helikopter pada musim perayaan kali ini dan harga “tambang” untuk pulang ke Kelantan mencecah sehingga RM30,000 untuk perjalanan sehala.

Untuk penerbangan 6 penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk 1 jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mengambil masa 3 jam.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.