Latheefa akan terus dianggap ‘orang kuat’ PKR, kata PAS

Latheefa akan terus dianggap ‘orang kuat’ PKR, kata PAS

Tuan Ibrahim Tuan Man percaya orang ramai akan terus mengaitkan peguam terkenal itu dengan PKR walaupun selepas peletakan keahliannya.

Tuan Ibrahim Tuan Man.
PETALING JAYA:
PAS menyambut baik tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru, Latheefa Beebi Koya meletakkan keahlian parti apabila dimaklumkan tentang pelantikannya, namun percaya orang ramai akan terus mengaitkannya dengan PKR.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Latheefa merupakan orang lama PKR dan masyarakat akan terus menganggapnya sebagai “orang kuat” parti itu.

“PAS harap beliau mampu buktikan beliau tidak akan memihak kepada mana-mana pihak dan berat sebelah kepada satu-satu parti politik,” katanya kepada FMT.

Presiden MCA, Wee Ka Siong pula tertanya apakah pelantikan Latheefa itu mempunyai kaitan dengan hasrat Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggantikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya berasa terganggu kerana sudah diketahui Anwar sentiasa menjadi sasaran Latheefa,” katanya.

Beliau berharap pelantikan itu bukan suatu konspirasi untuk menghentikan langkah Anwar.

“Adakah jemaah menteri sedar akan lantikan ini? Setahu saya tidak kerana ini juga berita yang mengejutkan buat jemaah menteri,” katanya di Facebook hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.