Jom rasai mendaki di Mossy Forest!

Terletak di kaki Gunung Irau, Cameron Highlands ia merupakan produk utama pelancongan Pahang, pasti ia memberi anda pengalaman berbeza seperti dalam filem pengembaraan Puteri Gunung Ledang.

Jika anda tidak mahu mendaki dan hanya mahu berjungle trekking dengan bantuan 4WD, anda boleh ke sini dengan bantuan pemandu pelancong dan menaiki platform kayu sepanjang 150m yang disediakan jabatan hutan Cameron Highlands.

Mossy Forest hutan sejuk yang berlumut, dari tanah hinggalah ke batang kayu, semuanya diliputi lumut hijau yang menyerap air seperti span basah.

Tips ke Mossy Forest

Anda boleh datang dengan kenderaan sendiri atau menggunakan pakej pelancongan.

Namun kebiasannya ramai yang akan berpatah balik kerana jalan yang sempit dan laluannya yang berlubang, memberi kesukaran kepada anda untuk sampai di atas.

Jalan ke Mossy Forest akan melalui jalan yang sama iaitu ke Ladang teh boh Sungai Palas tetapi anda akan melalui satu laluan lain di pertengahan jalan.

Bersedia dengan pakaian dan kasut yang sesuai untuk masuk ke dalam hutan, ia bakal basah dan bergelut.

Disarankan kepada anda untuk menggunakan pakej pelancongan supaya boleh mendapatkan penerangan dengan jelas tentang Mossy Forest secara terperinci kepada anda.

Mossy Forest seluas 914 hektar ini merupakan satu-satunya titik tertinggi di Semenanjung Malaysia yang boleh diakses dengan kenderaan.

Suhunya adalah sekitar 18 hingga 16 darjah selsius.

Kesejukannya semakin lama dapat dirasakan seperti “terperangkap” dalam peti sejuk beku.

Pastikan anda simpan dan bawa keluar sampah masing-masing serta patuhi segala papan tanda amaran.

Waktu sesuai untuk ke sini pada waktu pagi kerana kebiasaannya tidak hujan.

Kalau hujan, cuaca lebih sejuk dan licin.

Semak ramalan kaji cuaca sebelum memulakan perjalanan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]