
Hujan lebat sejak tengah hari menyebabkan Sungei Moyog melimpah dan membanjiri kawasan persekitran, termasuk Limbanak, Sugut and Kibabaig.

Turut terjejas kediaman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, yang juga ahli Parlimen Penampang.
Jalan Inobong Putaton Bansadon terputus kepada laluan kenderaan selepas sebahagian jalan itu runtuh akibat tanah jerlus sedalam 4m dan 6m lebar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata tidak ada laluan alternatif buat masa ini dan pihak konsesi penyelenggaraan jalan raya berkenaan diarah memasang papan tanda amaran untuk pengguna jalanraya.
Sebelum itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di pedalaman, pantai barat termasuk Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Ranau serta Sandakan dan Labuan.