Pejabat Mat Sabu tegur Malaysia Airlines selepas menteri terlepas temujanji

Pejabat Mat Sabu tegur Malaysia Airlines selepas menteri terlepas temujanji

Mohamad Sabu tidak dapat bertemu Mahathir Mohamad di London kerana kelewatan MH0002 berlepas dari Kuala Lumpur.

PETALING JAYA:
Pejabat menteri pertahanan menegur Malaysia Airlines selepas Mohamad Sabu terlepas temujanji penting dengan perdana menteri di London kerana kelewatan pesawatnya berlepas.

Pejabatnya berkata temujanji Mohamad Sabu dengan Mahathir Mohamad pada pagi 16 Jun lepas gagal berlangsung kerana kelewatan MH0002 berlepas selama lebih kurang 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur pada malam 15 Jun.

Katanya, Mohamad singgah ke London semata-mata untuk bertemu Mahathir dalam perjalanannya untuk lawatan rasmi ke Perancis.

“Kesulitan ini amat dikesali dan diharapkan pihak Malaysia Airlines tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.

Perdana menteri ketika itu berada di London dalam rangka lawatan kerja 3 hari ke United Kingdom mulai 15 Jun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.