
Skim insurans itu dijadual dilaksana tahun ini dengan objektif meningkatkan keyakinan warga asing, susulan beberapa insiden melibatkan pelancong asing seperti nahas bot di Phuket yang mengorbankan 47 warga Cina pada 2018.
Pelancong asing perlu membayar insurans itu di pejabat Imigresen lapangan terbang dan sebarang pembayaran tuntutan akan diselia Dana Promosi Pelancongan Thailand.
Insurans wajib itu menawarkan perlindungan sehingga 1 juta Baht untuk kes melibatkan kematian. Skim berkenaan perlu mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan dan Sukan terlebih dahulu, sebelum dibentangkan ke Kabinet.
Pelancongan merupakan sumber pendapatan utama Thailand, kira-kira 1/5 untuk ekonomi negara. Sementara perbelanjaan pelancong asing pula menyumbang kira-kira 12% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Rakyat China merupakan pasaran terbesar bagi industri pelancongan Thailand.
Pada tahun lepas jumlah ketibaan pelancong asing seramai 38 juta, 10 juta daripadanya terdiri pelancong dari China.
Tahun ini, pihak berkuasa pelancongan Thailand (TAT) menyasarkan jumlah ketibaan pelancong asing seramai 40.2 juta, lebih rendah berbanding sasaran awal iaitu seramai 41.3 juta.
Jangkaan unjuran pertumbuhan hasil pelancongan juga menyusut dari 10% kepada 9.5% berikutan kelembapan ekonomi global dan kenaikan harga bahan api.
Gabenor TAT Yuthasak Supasorn berkata, perolehan industri pelancongan dijangka menurun kepada 3.48 trilion Baht, dengan pendapatan daripada perbelanjaan pelawat asing tahun ini sebanyak 2.21 trilion Baht.
Pada 2020, TAT menyasarkan pendapatan pelancongan sebanyak 3.72 trilion Baht, peningkatan tahunan sebanyak 10%.