‘Palsu’, ‘fitnah’, Muhyiddin dan Zahid nafi bersumpah sokong Anwar

‘Palsu’, ‘fitnah’, Muhyiddin dan Zahid nafi bersumpah sokong Anwar

Presiden PPBM dan Umno mengecam akuan bersumpah yang dikaitkan dengan mereka.

GEORGE TOWN: Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengecam gambar dokumen “akuan bersumpah” memberi sokongan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggantikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan mereka sebagai “palsu” dan “fitnah”.

Mereka berkata demikian ketika dihubungi FMT malam tadi. Dokumen “akuan bersumpah” bertarikh 2 Julai itu mengandungi beberapa perkara, antaranya mematuhi apa sahaja keputusan Anwar.

Muhyiddin dalam kenyataan di Facebook menambah: “Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya telah menandatangani satu dokumen akuan bersumpah mengenai peralihan jawatan perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar seperti yang tular di media sosial hari ini.”

Sementara itu, Zahid memberitahu FMT ia “fitnah yang jahat.”

“Saya baru ternampak gambar itu. Dalangnya mahu ‘kacau’ saya. Sama sekali bukan daripada saya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.