
Ahli Jawatankuasa Pusat, S Arutchelvan berkata Nasir akan berundur di kongres parti itu minggu depan. Timbalan Pengerusi M Sarasvathy juga akan berundur.
“Menggantikan Nasir bukannya senang. Beliau bukan calang-calang orang,” katanya di Facebook.
Arutchelvan menjelaskan Nasir dan Sarasvathy perlu berundur sejajar dengan resolusi jawatankuasa pusat pada 2007 yang mengehadkan tempoh jawatan pengerusi, timbakan pengerusi, setiausaha agung dan bendahari kepada 5 penggal atau 10 tahun.
Nasir merupakan pengasas PSM dan berusaha selama 10 tahun untuk mendaftarkan partinya sejak 1998.
Beliau terpilih sebagai Adun Kota Damansara pada 2008 atas tiket PKR kerana partinya belum didaftarkan.
Kemenangannya merupakan yang pertama bagi seorang ahli politik sosialis sejak 1969, apabila 4 ahli Parti Sosialis Rakyat terpilih di Pulau Pinang dan Pahang.
Nasir bagaimana tidak terpilih pada 2013.
Nasir ditahan selam 15 tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam Operasi Lalang 1987. Sarasvathy pula pernah ditahan pada 2011 bawah Ordinan Darurat bersama 5 pemimpin PSM lain.