8 fakta bau badan lelaki perlu tahu

Umum mengetahui bahawa kajian menyatakan yang bau lelaki boleh membuat umur golongan wanita lebih panjang.

Namun golongan lelaki perlu tahu bau tersebut bukanlah bau badan yang busuk kerana ia bukan membuatkan pasangan menjadi semakin sayang, tetapi sebaliknya.

Bagaimanapun sudah banyak kajian dilakukan berkenaan kesan bau badan lelaki dan peranannya sebagai “senjata” untuk memikat hati wanita.

Pendapat setiap orang sentiasa akan muncul berbeza-beza.

Begitu juga dengan kecenderungan untuk memilih pasangan sama ada bergantung kepada faktor bau badan atau tidak, terpulang kepada individu itu.

Namun satu perkara kita tidak dapat nafikan, bau badan merupakan antara elemen yang sangat penting terutamanya bagi wanita.

Jadi apa yang membuatkan wanita begitu tertarik dengan bau badan seorang lelaki dan adakah benar wanita suka bau lelaki berpeluh semata-mata?

Berikut adalah fakta yang golongan lelaki dan wanita perlu tahu.

1. Salah satu sebabnya ialah bahan kimia yang dirembeskan oleh lelaki dikenali sebagai feromon.

Wanita juga turut mengeluarkan feromon.

Dan bahan inilah yang menjadi sebahagian daripada faktor tarikan bau di kalangan pasangan lelaki dan wanita.

Malah dalam proses pembiakan haiwan feromon juga memainkan peranan sangat besar.

2. Menurut kajian kebanyakan wanita lebih cenderung dan suka lelaki yang menggunakan minyak wangi daripada asas sitrus dan woody.

Manakala bau yang kurang memberi rangsangan kepada mereka ialah bauan ceri dan juga bau arang atau asap yang berlegar di udara.

3. Tanggapan bahawa wanita suka bau peluh lelaki adalah tak benar sama sekali.

Feromon merupakan bahan yang tiada bau jadi pastikan diri anda sentiasa bersih dan bebas daripada peluh.

4. Wanita mempunyai reseptor deria bau lebih kuat berbanding lelaki.

Jadi sebab itulah mereka lebih sensitif dengan apa jua jenis bau yang ada di sekeliling.

Mungkin disebabkan itu jugalah mereka amat senang dengan bau seperti androstenol, sejenis bau yang terhasil bila peluh dan oksigen bercampur di udara.

5. Kerap mandi tidak menjamin wanita suka akan bau anda sebagai lelaki.

Namun dengan menggunakan minyak wangi seorang lelaki boleh menonjolkan karakter bau unik mereka kepada wanita.

Malah penggunaan minyak wangi mampu membantu lelaki lebih yakin.

6. Kajian juga mendapati wanita amat suka dengan bau buah-buahan seperti grapefruit.

Lelaki yang menggunakan haruman seperti ini dilihat mempunyai karakter lebih muda pada persepsi mereka.

7. Dalam sebuah kajian berkaitan hubungan intim mendapati wanita yang berada pada ketika tahap paling subur boleh mengesan lelaki yang mempunyai testosteron yang kuat.

8. Percayakah anda bau ketiak boleh membuatkan seorang wanita itu semakin sayang kepada pasangannya?

Ketika anda berpeluh badan mengeluarkan feromon seperti andrestenon dan androstenol yang menjadi signal biologi bahawa betapa kuat dan dominan seorang lelaki itu.

Sumber IDNTimes.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]