
Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Mazana Sinin di Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menurut Sinar Harian.
Pasangan berusia 36 tahun dan 21 tahun itu hadir di IPD Jasin bagi memberikan keterangan sekitar 4.30 petang semalam sebelum ditahan selepas dua jam disoal siasat.
Sebelum ini, tular video dipercayai dirakam penumpang bas memaparkan seorang wanita duduk di atas riba pemandu terbabit ketika bas berkenaan sedang bergerak.
Wanita tersebut juga dilihat mengendalikan stereng kenderaan yang sedang bergerak di lebuh raya.
Bas ekspres itu dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Kulai, Johor.
Syarikat bas terbabit, Sri Maju Group kemudiannya memaklumkan ia telah mengambil tindakan dengan memecat pemandu berkenaan.
Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengambil keterangan daripada pemandu terbabit bagi tindakan lanjut.