
Setiap wanita mendambakan kecantikan, tidak kiralah cantik pada kulit wajah atau pada keseluruhan tubuh badan.
Sehubungan itu “facial” sangat penting bagi mereka yang menitik berat kecantikan kulit wajah dan sudah pasti akan melakukan rawatan ini secara teratur.
Seiring dengan perkembangan zaman, facial sekarang bukan hanya dilakukan oleh wanita, tetapi juga golongan lelaki.
Ini kerana golongan lelaki di era serba moden juga mementingkan penampilan malah ada yang berasa lebih yakin jika mereka sentiasa menjaga personaliti sebagai lelaki “macho”.
Di Naarabelle Facespa yang ketika ini mempunyai 5 cawangan di Lembah Klang dan 1 di Melaka dan Johor, menyediakan 19 jenis rawatan muka mengikut kesesuaian kulit dan masalah yang dihadapi.

Menurut Pengurusnya, Fitriyah Khairunnisa Khalid, kebiasaannya setiap kali rawatan muka paling lama akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Facial
Facial di Naarabelle Facespa dilakukan 4 juru kecantikan (Aestheticians) yang bertauliah menggunakan produk daripada tumbuh-tumbuhan.
Tujuan facial adalah untuk merawat, memulihkan dan mengekalkan kualiti kulit.
Kebiasaannya rawatan facial termasuklah analisa kulit, diikuti siri pembersihan seperti pengelupasan, urutan muka, rawatan stim, rawatan menggunakan Facial Machine dan krim atau bahan pencerah kulit.
Manfaat Facial
1. Menjadikan kulit wajah bersih, lembap
Membersihkan wajah menggunakan cara yang biasa sebagaimana kita sering melakukannya setiap hari tidak mampu mengeluarkan kotoran yang ada di kulit kita.
Oleh itu, facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembap secara menyeluruh.
Malah urutan pada wajah ketika melakukan facial muka dapat melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.
2. Membekalkan nutrisi pada kulit
Ketika melakukan facial, pori-pori kulit muka akan terbuka sebelum disapukan krim rawatan.
Ini menjadikan kulit wajah lebih mudah menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim rawatan itu.
3. Pengelupasan kulit muka sempurna
Proses pengelupasan kulit dapat menanggalkan sel-sel kulit mati agar segera digantikan dengan sel kulit baru yang lebih sihat.
Maka kulit jadi tampak berseri-seri.
Proses facial muka juga dapat merangsang produktiviti kolagen dan juga elastin sekaligus mengurangkan penghasilan kedutan.
4. Mencantikkan kulit wajah
Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial muka mampu menyerap jauh ke dalam kulit, selain melambatkan penuaan, mencerahkan warna kulit, sebagai antioksidan, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan juga merawat kulit yang bermasalah.
5. Perkara yang perlu dipertimbang sebelum facial
Anda haruslah tahu tujuan anda ingin melakukan facial muka tersebut.
Sama ada anda ingin memanjakan muka ataupun ingin merawat kulit wajah yang kurang berseri, kusam, “blackhead”, jerawat, jeragat atau warna kulit tidak sekata.
Top 5 rawatan pilihan
- Dermapen
- Carbon therapy
- Brightening therapy
- Gold mask therapy
- Intraceutical oxygen therapy
Umur sesuai untuk buat facial
14 tahun hingga 60 tahun.
Seawal usia 14 tahun kerana di peringkat ini remaja sedang meningkat dewasa dan hormon mereka tidak stabil.
Oleh itu, kulit mereka akan memberi tindak balas berbeza mengikut keadaan dan persekitaran.
Manakala di saat umur seseorang menghampiri 60 tahun, kulit muka mungkin menjadi semakin kering dan tidak bermaya kerana kekurangan zat dan mineral.
Jadi dengan membuat facial akan memberi kesegaran semula kepada kulit wajah itu.

Kesan
Untuk mendapat keputusan serta perubahan ketara pada kulit wajah, Naarabella Facespa menasihati pelanggan melakukan sekurang-kurangnya 5 kali rawatan.
Dan hasilnya ternyata akan memberi kepuasan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit wajah.
4 Rawatan percuma untuk dimenangi
Naarabelle Facespa menawarkan 4 baucar rawatan percuma untuk dimenangi pembaca FMT Ohsem.
Sila layari laman sosial Facebook FMT Ohsem disini
serta di laman sosial Instagram
Ini yang perlu ada lakukan “Like-Tag3kawan-shareposting-Jawab”
- Berapa jenis rawatan yang disediakan di Naarabelle Facespa?
- Namakan top 5 rawatan dipilih?
- Manfaat melakukan facial kerana ia mampu…..
Tarikh tutup penyertaan adalah 2 Ogos 2019.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]