Pekerja asing mengaku tak salah rogol berkumpulan

Pekerja asing mengaku tak salah rogol berkumpulan

Ali Arshad dan Habib Ur Rahman tidak dibenar ikat jamin susulan pertuduhan rogol berkumpulan ke atas wanita Indonesia.

Mahkamah KL
Warga Pakistan, Ali Arshad dan Habib Ur Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana merogol seorang wanita di sebuah hotel di Jalan Imbi.
KUALA LUMPUR:
Dua warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia, bulan lalu.

Ali Arshad dan Habib Ur Rahman, keduanya warga Pakistan dituduh melakukan rogol berkumpulan terhadap mangsa di sebuah hotel di Jalan Imbi, antara 14 dan 15 April.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid tidak membenarkan Ali dan Habib diikat jamin serta memerintahkan mereka direman sehingga perbicaraan selesai.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk pengurusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Banusha Jegathesan mewakili pihak pendakwaan, manakala peguam S Dinesh mewakili Ali. Habib pula tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.