
Tertuduh, Lo Yun Kong, 49, yang juga pemandu lori melakukan kesalahan itu bulan lalu membuat pengakuan demikian di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.
Majistret turut mengarahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama dua tahun.
Mengikut pertuduhan, Lo didapati memandu kereta dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 148mg per 100ml darah, melebihi tahap ditetapkan 50mg per 100ml darah, lapor Berita Harian.
Kesalahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020 itu didakwa dilakukan ketika tertuduh melalui satu sekatan jalan raya di Jalan Sim Hwa Seng, Tawau, pada kira-kira 12.24 tengah malam, 25 April.
Jika sabit kesalahan, Lo boleh dipenjara maksimum dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.
Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau Joan Lee memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk adalah serius dan boleh mengancam nyawa pengguna lain.
Lo yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan menjadi pencari nafkah tunggal keluarga, selain menanggung isteri serta tujuh anak kecil.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh sabitan hari ini dan menetapkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda dikenakan itu serta hilang kelayakan memandu selama dua tahun.