Warga emas maut ditetak di Ipoh

Warga emas maut ditetak di Ipoh

Polis Ipoh berkata lelaki 52 tahun ditahan kerana membunuh.

garisan polis dilarang melintas
Ketua Polis Ipoh Muhammad Najib Hamzah, berkata mangsa warga tempatan berusia 70 tahun ditemukan bersama kesan tetakan di badan, kepala, dan leher.
PETALING JAYA:
Mayat warga emas bersama kesan tetak di leher ditemukan dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Ipoh Muhammad Najib Hamzah, berkata mangsa wanita tempatan berusia 70 tahun ditemukan terbaring dengan kesan kecederaan dipercayai turut ditetak pada badan dan kepala.

Katanya, susulan itu lelaki berusia 52 tahun diberkas di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Turut ditemui di lokasi adalah sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut. Motif kejadian masih disiasat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menyalurkannya kepada IPD Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.