
Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, berkata kes itu dirujuk kepada Bukit Aman selepas IPK negeri selesai menjalankan siasatan penuh terhadap anggota tersebut.
“Ada beberapa butiran yang kita jumpa daripada siasatan sebelum ini…buat masa ini, kita hanya tunggu arahan selanjutnya dari Bukit Aman,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran ‘Module On The Current Trends Of Commercial Crimes’ sempena Karnival Pintar Siber Universiti Teknologi Petronas 2026, di sini, hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 46 saat memaparkan seorang anggota polis yang didakwa mengambil wang daripada seorang lelaki.