Naza setuju selesai saman lucuthak berkaitan pembelian 4 kereta

Naza setuju selesai saman lucuthak berkaitan pembelian 4 kereta

Syarikat itu sebelum ini berkata wang daripada Najib Razak adalah untuk pembelian 4 kereta Chevrolet.

Naza Quest Auto Sdn Bhd merupakan salah sebuah anak syarikat Kumpulan Syarikat Naza.
KUALA LUMPUR:
Naza Quest Auto Sdn Bhd, salah satu syarikat yang dinamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penerima dana 1MDB, mahu menyelesaikan saman pelucuthakan badan anti-rasuah itu terhadapnya.

“Mereka menghantar surat kepada kami pada Selasa, meminta penyelesaian,” kata Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai kepada pemberita hari ini.

Allan berkata hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan bersidang pada 23 Ogos untuk sebutan kes.

Kerajaan mahu mendapatkan semula RM269,662 daripada syarikat itu, yang merupakan anak syarikat Kumpulan Syarikat Naza.

Naza sebelum ini berkata wang itu adalah untuk pembelian 4 kereta Chevrolet antara Disember 2012 hingga 2013.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata kes melibatkan Yayasan Rahah juga ditetapkan untuk sebutan pada 23 Ogos.

Allan berkata pihak pendakwaan memberitahu mahkamah ia memerlukan masa untuk membalas permintaan penyelesaian oleh yayasan itu.

“Jika tiada penyelesaian pada 23 Ogos, kami akan meneruskan notis pendengaran pihak ketiga,” kata Nazlan.

Bulan lalu, SPRM memfailkan permohonan pelucuthakan sivil terhadap 41 entiti dan individu bagi mendapatkan semula dana yang dikatakan dipindahkan dari akaun bekas perdana menteri, Najib Razak.

Kerajaan mahu mendapatkan sejumlah RM270 juta daripada mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.