Pemimpin Pemuda PAS nafi fitnah Kok ‘anti-Islam’

Pemimpin Pemuda PAS nafi fitnah Kok ‘anti-Islam’

Syarhan Humaizi Halim berkata kenyataannya mengenai Kok di Facebook bukan dibuat dengan tidak jujur.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Halim. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Bekas ketua Pemuda PAS Selangor menafikan beliau membuat kenyataan fitnah terhadap Menteri Industri Utama Teresa Kok dengan melabelkannya sebagai “anti-Islam”.

Syarhan Humaizi Halim berkata kenyataannya mengenai Kok di Facebook bukan dibuat dengan tidak jujur.

“Kenyataan saya terhadapnya berdasarkan fakta. Adalah diketahui DAP dilihat sebagai mengancam rakyat, terutama umat Islam.

“Saya mengeluarkan kenyataan itu untuk menyokong ucapan Muhammad Khalil Abdul Hadi semasa pilihan raya kecil Cameron Highlands apabila dia menyeru pengundi menolak calon DAP Cameron Highlands,” katanya dalam kenyataan pembelaan yang difailkan selepas disaman Kok.

Khalil merupakan anak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Dalam pembelaannya, Syarhan juga berkata Kok sebelum ini membantah pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 atau RUU355.

RUU355 adalah cubaan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah.

“Dia dan pemimpin partinya lantang bersuara menentang RUU355 dan berterusan membuat kenyataan tentang rang undang-undang itu,” katanya.

Kok yang merupakan naib pengerusi DAP, memfailkan saman terhadap Syarhan pada Februari.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta injuksi menghalang Syarhan mengucapkan, menulis atau menerbitkan artikel menuduhnya menghina Islam.

Peguam Kok, Elyse Ng berkata, tuntutan itu akan didengar dari 23 hingga 25 Sept di depan hakim Mahkamah Tinggi Firuz Jaffril.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.