Khat bukan bahagian penting identiti Malaysia, kata majlis agama bukan Islam

Khat bukan bahagian penting identiti Malaysia, kata majlis agama bukan Islam

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao berkata skrip Jawi bukan suatu kebiasaan termasuk dalam kalangan orang Melayu sejak sekurang-kurangnya 50 tahun lalu.

Pengenalan kepada khat akan dimasukkan dalam buku teks bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah aliran mulai tahun depan.
PETALING JAYA:
Majlis agama bukan Islam hari ini mencabar kenyataan Kementerian Pendidikan bahawa khat bahagian penting dalam identiti Malaysia, mengatakan dakwaan itu tidak disokong sejarah.

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) juga berkata bahagian penting dalam identiti Malaysia adalah bahasa Melayu dan bukan skrip Jawi.

Mereka berkata Jawi bukan suatu kebiasaan termasuk dalam kalangan orang Melayu sejak sekurang-kurangnya 50 tahun lalu.

“Khat kaligrafi Arab dan tidak pernah menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia tetapi identiti Islam,” katanya dalam kenyataan.

“Khat perlu diajar dengan menggunakan skrip Jawi. Kita juga tahu bahasa kebangsaan kita bahasa Melayu dan bukan Jawi…ini menimbulkan persoalan motif,” katanya.

MCCBCHST menambah khat berkait rapat dengan ajaran Islam kerana ia menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Oleh itu, pengajaran khat mungkin menyalahi Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

Ia juga menepis hujah kementerian mengatakan khat dipamerkan pada jata negara dan wang kertas.

“(Ini) tidak relevan,” katanya. “Tiada siapa yang membantahnya, dan ia isu berbeza sama sekali.”

Ia menggesa kementerian menangguhkan pelaksanaan khat, yang ditetapkan tahun depan, sehingga semua kebimbangannya yang dibangkitkan oleh pemegang taruh ditangani.

Ia juga mempersoalkan jaminan kementerian bahawa murid tidak akan diuji tentang khat memandangkan bahasa bahasa Melayu ujian wajib.

“Jaminan hanyalah jaminan kecuali ada undang-undang mengenainya diluluskan,” katanya.

MCCBCHST berkata lebih bijak sekiranya khat dimasukkan dalam mata pelajaran seni yang juga boleh memasukkan gaya kaligrafi masyarakat lain.

Ia menambah ada isu pendidikan lain yang lagi penting untuk ditangani, termasuk kemajuan saintifik dan teknologi.

“Kita patut tingkatkan standard bahasa Melayu tanpa melupakan kepentingan bahasa Inggeris,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.