Dari peringkat awal, jika pendapatan anda kecil, ia perlu diselaraskan dengan barangan dan kemampuan yang anda ada hari ini, supaya simpanan masih lagi boleh dibuat setiap bulan.
Bercakap tentang rumah dan kereta, kedua-duanya penting dan ia merupakan keperluan setiap individu.
Namun yang mana 1 perlu didahulukan?
Afyan Mat Rawi telah membuat perkongsian video Youtube di ML Studios untuk memberikan sedikit garis panduan bagaimana golongan belia boleh menjana pendapatan pasif melalui pembelian rumah.
1. Beli rumah dahulu lebih baik daripada beli kereta
Harga rumah hari ini tidak sama dengan 5 tahun yang akan datang.
Jadi, kalau anda dah beli rumah pertama walaupun sekadar rumah flat sudah memadai kerana ia adalah aset.
Dan pada masa yang sama, harga kereta setiap tahun akan menyusut serta kereta dikira sebagai liabiliti (beban).
Jadi anda perlu buat pilihan yang bijak.
2. Boleh beli rumah ikut kemampuan & tangga gaji
Rumah yang sesuai untuk golongan belia adalah yang berharga daripada RM100K-RM150K.
Di Lembah Klang masih ada rumah berharga seperti ini. Anda tinggal nak dengan tak nak sahaja dan ia adalah rumah flat/pangsapuri kos rendah.
Namun, tips ini langsung tidak bermakna jika anda sudah mempunyai niat untuk beli rumah seperti kondominium atau rumah landed.
Ingat, anda mahu pulangan bukan jadi beban. Jadi setkan pembelian mengikut tangga gaji terkini dan ukur baju di badan sendiri.
3. Setkan rumah yang dibeli untuk dijadikan aset
Aset bermaksud sesuatu yang berharga serta menjana keuntungan serta membantu financial flow.
Jika loan installment anda sebulan adalah RM800, naik taraf rumah tersebut dengan jadikan ianya “fully furnished” dan naikkan kadar sewa.
Dengan cara itu, anda boleh dapat nilai sewa lebih tinggi (balik modal untuk bayar kepada bank) serta untung pasif.
Ataupun, anda boleh buat sistem sewaan mengikut kepala. Contohnya, sebuah rumah boleh disewakan kepada 6 orang. 1 kepala RM300, RM300 darabkan dengan 6 orang sama dengan RM1800.
Tolak installment bulanan bank, bil air dan elektrik, boleh dapat baki bersih dalam RM300-RM500 sebulan. Bergantung kepada cara anda uruskan duit.
4. Banyakkan membuat rujukan kepada pakar hartanah
Jika anda mahu jana pendapatan dengan memiliki hartanah lebih daripada satu, pastikan mempunyai ilmu yang betul.
Di Malaysia terdapat ramai pakar hartanah yang mencetak buku serta membuat seminar hartanah yang berharga dari RM100-200.
Antara nama yang sudah lama dalam bidang hartanah adalah Dr. Azizul Ali, Harith Faisal, Azizi Ali dan Faizul Ridzuan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]