4 Exco bukan Islam menghadap Sultan Selangor hari ini

4 Exco bukan Islam menghadap Sultan Selangor hari ini

Empat exco berkenaan adalah Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Hee Loy Sian dan Ng Sze Han.

Exco terbabit memohon menghadap Sultan Sharafuddin 25 Julai lepas untuk membincangkan isu dipercayai berhubung usul pindaan enakmen negeri mengenai penukaran agama anak bawah umur.
SHAH ALAM:
Empat Exco bukan Islam kerajaan Selangor hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini kira-kira pukul 11 pagi.

Empat exco berkenaan adalah Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Hee Loy Sian dan Ng Sze Han.

Terdahulu, Ganabatirau yang ditemui di kawasan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri enggan mengulas lanjut mengenai tujuan mereka menghadap Sultan Sharafuddin hari ini.

Kata beliau, kenyataan media rasmi mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan, keempat-empat exco berkenaan memohon untuk menghadap Sultan Sharafuddin pada 25 Julai lepas untuk membincangkan beberapa isu dipercayai berhubung usul pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama bagi anak di bawah umur.

Usul tersebut dipercayai tidak dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini selepas ditangguhkan Speaker dewan, Ng Suee Lim sejurus 2 hari bersidang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.