Nasi lemak kucing di Good Meowning tampil kelainan

Nasi lemak kucing di Good Meowning tampil kelainan

Membela kucing boleh membawa keceriaan kepada kehidupan seharian pemiliknya dengan aksi dan keletahnya yang sentiasa mencuit hati.

Kafe berkonsepkan kucing ini terletak di Bandar Tun Hussein Onn, beroperasi 10 pagi sehingga 9 malam, menjadi tarikan kepada pencinta kucing.

Anda boleh mencuba keunikan yang ada di restoran mempunyai konsep kucing meskipun tidak membelanya.

Dengan menampilkan kelainan selepas makan, anda bersama keluarga atau rakan-rakan boleh bermain bersama kucing pelbagai jenis baka yang ada dan malah ada yang berat mencecah sehingga 8kg.

Sesuai dengan Hari Kucing Sedunia, keunikan ini anda boleh rasai di kafe Good Meowning, terletak di Bandar Tun Hussein Onn, mempunyai 45 ekor secara keseluruhannya di dalam kafe tersebut.

Pemiliknya, Muhammad Afiq Muhammad Yusof berkata 15 ekor kucing akan bertugas dalam 1 masa untuk bermain dengan para pengunjung.

Menurut pemiliknya, Muhammad Afiq Muhammad Yusof, 30, ia diilhamkan bersama dengan isterinya, Siti Nabilah Abdul Rahim, 27, sejak Januari 2016 kerana menggemari haiwan peliharaan tersebut.

“Kafe ini dibuka kerana kita nak berkongsi minat kita yang saya percaya ramai yang menggemari dengan kucing, kita berkongsi tentang cara penjagaannya, tentang baka kucing dan sebagainya.

“Kalau nak sandarkan kucing ini untuk bisnes semata-mata, ia takkan menjadi, kerana nak jaga kucing ini bukan mudah. Ia ada cara yang khusus untuk membesarkan mereka dalam keadaan yang baik,” katanya kepada FMT.

Terdapat pelbagai jenis baka yang ada, namun penjagaannya sama rata dengan semua kucing yang ada.
Kucing “british short hair” ini mempunyai baka yang besar, tetapi lebih manja dari kucing yang lain. Pengunjung pasti sukakannya kerana kucing ini sukakan perhatian lebih.
Setiap kucing yang ada akan dipastikan setiap kebersihannya terjaga, dan ditempatkan dalam kawasan yang mempunyai penghawa dingin untuk keselesaan mereka.
Kucing bengal persilangan antara kucing american shorthair dengan kucing ‘Asean Leopard’.
Menjadi tarikan pengunjung untuk bermain dengan kucing ‘british short hair’ ini yang manja dan mempunyai karakter tersendiri.
Kucing ‘mix persian’ ini kebiasannya lebih aktif berbanding kucing lain, pantang sahaja mendengar makanan diletakkan dalam bekas, berlari sahaja kucing ini menuju ke bekas tersebut!

Tambahnya lagi, hanya 15 orang akan dibenarkan masuk ke kawasan kucing itu dalam 1 masa selama 30 minit dan menetapkan bayaran RM7 sahaja untuk bermain dengan kucing-kucing itu.

Dari aspek pengurusan pula, Afiq berkata beliau mempunyai 2 kumpulan iaitu bahagian dapur dan kucing dimana kualiti untuk kedua-dua perkara itu perlu dititik beratkan.

“Ini cabaran buat saya, kafe ini kita perlu ada makanan yang sedap, kualitinya bagus, untuk kucing pula saya akan keluarkan mereka yang sihat sahaja untuk bermain dengan pengunjung, sudah pasti mereka ini menjadi tarikan kepada sesiapa yang datang ke sini,” jelasnya.

Salah 1 menjadi tarikan pengunjung di sini nasi lemak berbentuk kucing, pastinya kanak-kanak sukakannya dan anda perlu merasai sambal nasi lemak yang sangat enak!

Untuk menu, anda boleh mencuba nasi lemak meowveles, dimana nasi lemaknya dihidangkan dalam bentuk kucing, dan 2 keping timun yang dipotong bulat, diletakkan atas nasi seolah mata kucing.

Pastinya, hidangan comel ini mampu menarik perhatian si kecil yang sukakan kucing dengan harga RM5 sahaja.

Laksa penang ini juga mendapat perhatian orang sekeliling yang membuat tempahan menggunakan online food panda setiap hari.

Turut menjadi perhatian, laksa kedah yang dihidangkan dengan kuah yang pekat, isi ikan yang banyak, membuatkan anda akan berasa puas dengan harga serendah RM8 semangkuk.

“Laksa ini selalu mendapat tempahan dari Foodpanda setiap hari,” ujarnya.

Selain itu, kafe Good Meowning turut menawarkan servis hotel kucing RM15 untuk 1 malam, sesi grooming serendah RM35, dan sesi pemandulan bagi jantan bernilai RM120 dan RM160 untuk betina.

Tempat permainan dan, istirehat kucing di tingkat atas.
Kaunter juga mempunyai mural dinding kucing menjadi keunikan pada pengunjung.

Ia beroperasi setiap hari kecuali Isnin bermula 10 pagi sehinggi 9 malam.

Bagi hidangan lain, harganya juga mampu milik untuk anda datang, kerana ia bermula RM5 hingga ke RM12 sahaja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.