Kami masih mahu keterangan kamu, polis beritahu SetPol Anwar

Kami masih mahu keterangan kamu, polis beritahu SetPol Anwar

Polis juga akan merakam keterangan pengadu kerana menarik balik laporan polisnya.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata polis masih mahu mengambil keterangan setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung kes rusuhan di sebuah kompleks sukan di Ampang.

Keteranganya perlu walaupun pengadu dalam kes itu menarik balik laporannya terhadap Farhash.

“Kita masih cuba mengesan dia walaupun laporan dah ditarik,” kata Hamid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata polis akan merakam keterangan pengadu kerana menarik balik laporan polisnya.

Beliau bagaimanapun enggan menjawab ketika ditanya adakah pengadu diancam.

Ditanya sama ada polis sudah memeriksa rekod imigresen untuk mencari Farhash, beliau menjawab: “Kita cuba mengesan dia dengan cukup kesalnya.”

Pergaduhan melibatkan belasan orang itu berlaku di sebuah kompleks sukan di Taman Dagang Permai pada 31 Ogos.

Susulan pergaduhan itu, polis menangkap 5 orang, berusia antara 22 dan 38, termasuk pengadu, untuk disoal.

Farhash mendakwa laporan polis adalah ke atas adiknya dan sedia memberi kerjasama sekiranya perlu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.