Polis tahan lelaki cabul wanita di kondominium

Polis tahan lelaki cabul wanita di kondominium

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata suspek ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

handcuff
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata suspek direman empat hari bermula hari ini.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai mencabul seorang wanita berusia 21 tahun di sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus dalam satu kenyataan berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.20 pagi sebelum menahan suspek berusia 24 tahun itu.

Katanya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.