Kerajaan timbang tindakan undang-undang terhadap syarikat tebang hutan secara haram

Banyak kawasan di Malaysia terus mencacatkan bacaan IPU tidak sihat, yang menyaksikan Johan Setia di Selangor mencacatkan bacaan IPU 213 pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan berkata, ia kini menimbangkan kemungkinan mengheret syarikat terbabit penebangan hutan secara haram ke mahkamah berikutan jerebu terus melanda negara yang menyaksikan beberapa kawasan diselubungi asbut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong yang berasal dari Sabah berkata, beliau kini meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas syarikat kelapa sawit yang terbabit dalam kegiatan perladangan tebas dan bakar, selain menambah “negeri Borneo yang bersebelahan kini marak terbakar di luar kawalan”.

Katanya, Malaysia tidak akan membawa mana-mana negara ke mahkamah berhubung perkara itu kerana jerebu melanda negara berikutan arah tiupan angin.

“Tetapi kita perlu mencari penyelesaiannya,” kata beliau kepada pemberita di luar satu acara di sini, hari ini.

“Jerebu ini berpunca dari negara jiran. Kita perlu mendidik mereka dan mencadangkan proses alternatif supaya mereka tidak melakukan pembakaran terbuka.”

Banyak kawasan di Malaysia kini terus mencacatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, yang menyaksikan Johan Setia di Selangor mencacatkan bacaan IPU 213 pagi tadi.

Tiga buah sekolah di kawasan terbabit diarah tutup serta-merta kerana bacaan melebihi 200.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 300 ke atas berbahaya.