10 sebab untuk bersara di Ipoh

Ipoh merupakan destinasi yang seronok untuk diduduki dalam tempoh yang lama, menawarkan cara kehidupan yang selesa dengan kos yang murah.

Kehidupan di kawasan seperti ini sangat sesuai untuk mereka yang sudah berpencen.

Ramai orang Jepun yang berpindah ke Malaysia di bawah program skim rumah kedua dengan menggunakan program 10 tahun pemegang Visa.

Berdasarkan laporan “Long Stay Foundation Tokyo”, Malaysia menjadi pilihan utama rakyat Jepun berumur 40 tahun dan keatas untuk menetap di Ipoh.

Dalam laporan tersebut menjelaskan lelaki yang berumur 57 tahun dan wanita berusia 49 tahun akan mula berpindah ke tempat tertentu yang sesuai dengan “kehidupan baru” mereka.

Selain itu, media US News turut melaporkan Ipoh menduduki tempat pertama daripada sembilan tempat terbaik untuk bersara.

10 sebab lain mengapa Ipoh menjadi lokasi terbaik sepanjang tempoh persaraan:

1. Cuaca dan suasana hijau, serta banyak tempat main golf

Golf adalah permainan tradisi orang Jepun dan walaupun di Jepun banyak tempat untuk bermain golf namun ia terlalu padat.

Malah anda juga perlu membayar yuran yang tinggi untuk keahlian ini sebaliknya di Ipoh anda boleh bermain sepanjang tahun dengan kos yang murah.

2. Mempunyai banyak kemahiran mengikut bangsa

Terima kasih pada Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan ia menjadi keunikan kepada negara ini kerana mempunyai banyak kemahiran mengikut kaum.

3. Mempunyai kualiti air yang baik

Ipoh merupakan kawasan tanaman kacang yang besar di Malaysia. Ini kerana demokgrafik kawasan kawasan tersebut adalah berair serta bukit batu kapur yang mengelilingi Lembah Kinta.

4. Mempunyai pelbagai makanan yang menyelerakan

Menurut pemerhatian Booking.com, pada Jun 2018 Ipoh disenaraikan antara 10 destinasi terbaik untuk mencari makanan tempatan yang lazat.

5. Kos sara hidup yang rendah

Ipoh adalah pilihan yang sesuai untuk pesara Malaysia dan warga asing kerana makanan dan perumahan yang berpatutan.

6. Masa hidup yang lebih mapan

Salah satu perkara menarik di Ipoh adalah kebudayaan tanpa kemajuan tanpa mengorbankan pembangunan bandar, kemudahan dan keselesaan.

7. Kemudahan kesihatan

Hospital swasta dan awam di Ipoh dilengkapi dengan teknologi canggih dan doktor profesional, kemudahan yang hebat untuk warga tua.

8. Hiburan

Banyak aktiviti sukan dan rekreasi seperti golf, tai chi, seni dan kraf, seni kulinari, renang, tarian, mahjong dan taman yang penuh kehijauan anda boleh perolehi di Ipoh.

9. Kemudahan pengangkutan

Pengangkutan awam seperti teksi, kereta api, bas dan penerbangan sedia ada.

10. Tarikan semulajadi

Terdapat banyak taman, tasik, bukit batu kapur dan hutan yang terletak di sekitar Lembah Kinta untuk diterokai dengan kos yang murah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]