
Oleh itu kata beliau, kerjasama Umno dan PAS dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional yang menggariskan lima teras prinsip.
Sambil mengakui persepsi negatif masih tebal susulan kerjasama Umno-PAS, beliau berkata pembangkang mahu mengekalkan keunikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.
“Negara ini dimiliki oleh semua orang, bukan hanya orang Melayu. Ia juga dimiliki oleh orang Cina, orang India, orang Sabah dan Sarawak.
“Dan kami telah bersetuju bahawa ia harus berdasarkan kontrak sosial,” kata beliau dalam wawancara khas bersama FMT.
Asyraf berkata negara ini mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan walaupun kaum-kaum lain bebas mengamalkan agama mereka.
Beliau berkata piagam ditandatangani 14 Sept lalu bukan gimik tetapi mesej kepada pengundi bahawa pembangkang akan datang dengan perjanjian baru yang antara lain membincangkan kebimbangan rakyat, terutama kos sara hidup.
Selain jelajah ke setiap negeri, Asyraf berkata pembangkang akan melibatkan pelbagai kumpulan, termasuk ahli akademik dan profesional.
“Kita tidak boleh membuat perjanjian baru berdasarkan persepsi dan perspektif kita sendiri,” katanya.
Beliau berkata pembangkang, telah membentuk satu pasukan petugas khas untuk melihat pelbagai isu termasuk Felda dan nasib petani kecil yang terjejas disebabkan kejatuhan harga komoditi.
Asyraf berkata tidak ada satu pun pasukan petugas khas memberi tumpuan kepada bangsa dan agama.
Penubuhan pasukan petugas khas ini akan menjadi asas manifesto pembangkang yang bercadang untuk menawarkan kepada rakyat tetapi tidak setinggi janji dibuat Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum 2018.
“Ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik, yang boleh kita banggakan,” katanya.