Gara-gara miskin, bapa buang anak kembar 20 hari dalam kolam

Gara-gara miskin, bapa buang anak kembar 20 hari dalam kolam

Bapa bayi, buruh kasar dan mempunyai seorang anak lelaki tujuh tahun memberithau polis Uttar Pradesh, India dia tidak mampu membesarkan mereka.

(Gambar AFP)
MUZAFFARNAGAR:
Dalam kejadian yang mengejutkan penduduk kampung Bhikki di sini, seorang bapa sanggup membunuh anak kembar berusia 20 hari dengan membuang mereka ke dalam kolam hanya kerana tidak mampu menyara. Ibu bapa bayi kembar, Waseem dan Nazma ditahan polis pada Ahad.

Waseem, yang bekerja sebagai buruh kasar dan mempunyai seorang anak lelaki tujuh tahun memberithau polis Uttar Pradesh, keadaan kewangannya sangat teruk dan tidak mampu untuk membesarkan dua anak kembar terbabit.

Ketua polis Ajay Kumar berkata pasangan itu bertengkar pada Ahad dan kemudian membuang kedua-dua bayi, Afreen dan Afiya ke dalam kolam berhampiran rumah mereka. Waseem kemudian mengelirukan polis dengan membuat laporan mendakwa kedua-dua anak mereka telah hilang.

Bagaimanapun penduduk kampung memaklumkan polis yang Waseem tidak gembira dengan kelahiran mereka dan selalu bertengkar dengan isterinya. Siasatan menunjukkan kedua-dua bayi dibunuh oleh ibu bapa sendiri.

“Pasangan itu mengaku melakukan kesalahan,” kata ketua polis, dilapor Gulf News. Pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 201 menyembunyikan bukti kesalahan atau memberi maklumat palsu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.