
SINGAPURA: Singapura memperkenalkan undang-undang “berita palsu”, yang menurut kumpulan hak asasi manusia akan mengekang kebebasan bersuara manakala pembangkang pula mendakwa bakal memberi kuasa luas kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum republik itu.
Undang-undang itu diluluskan awal tahun ini selepas rundingan awam. Ia akan berkuat kuasa esok, menurut notis kerajaan hari ini.
Kerangka perundangan itu mewajibkan platform media dalam talian, termasuk laman media sosial seperti Facebook dan Twitter, membawa pembetulan atau mengeluarkan kandungan dianggap kerajaan sebagai palsu.
Individu dianggap menyebarkan maklumat palsu di web sehingga menjejaskan kepentingan awam boleh dipenjara sehingga 10 tahun. Platform media yang tidak mematuhi undang-undang pula boleh didenda a sehingga S$1 juta (RM3 juta).